Thursday, August 27, 2009


"Anakku Merdeka" bermula 27 Ogos - 16 September 2009

Salam semua..kali ni nk join Contest "Anakku Merdeka" by kedaigambarkami.blogspot....Mari kita sama-sama sertainya sempena Hari Kemerdekaan Ke-52..

Syarat - syarat:

1.Terbuka kepada semua blogger warga Malaysia termasuk yang berada di luar negara.(Kos penghantaran hadiah bagi blogger yang berada di luar negara hendaklah ditanggung oleh blogger itu sendiri).- blogger di Malaysia

2.Copy contest banner di atas (click je atau left click pada gambar, kemudian save image as).Letakkan pada side bar blog anda.-done

3.Linkkan blog ini dalam blogroll/bloglist anda.-done

4.Buat entry khas bagi contest ini , linkkan blog ini dlm entry tersebut dan lengkapkan slogan ini tidak melebihi 100 patah perkataan: "Kami bangga menjadi anak Malaysia kerana..................."kawan2, syarat ni diedit semula kerana rasanye agak susah nak buat slogan panjang2 :)...so syarat baru ialah..lengkapkan slogan di atas dlm 20 patah perkataan shj ye? - done

5.Uploadkan sekeping gambar anak(anak-anak/anak saudara/sepupu/anak buah/anak menakan heh) anda dengan aksi bersahaja/ patriotik/comel bersama bendera Malaysia.(Umur anak : newborn - 6 tahun sahaja).Nyatakan nama & umur anak (anak-anak)tersebut.-done

6.Setelah siap, postkan komen pada entry contest ini dan kami akan menyemak penyertaan anda.-done

7.Hanya 16 penyertaan yang akan dipilih ke peringkat akhir dan pengadilan bagi menentukan pemenang(satu pemenang sahaja) adalah melalui pemarkahan gambar dan slogan yang anda hantar oleh 3 orang juri profesional (akan diumumkan kemudian).

8.Keputusan akan diumumkan setelah juri - juri selesai proses pengadilan.Sekiranya terdapat keputusan "tie"/ seri, maka pemenang akan dipilih berdasarkan slogan paling kreatif.

Hadiah :Sebuah pocket photobook yang bernilai RM129.00...Ha...best tak hadiahnya?apalagi...jom sertai sekarang!


Dengan rasminya ini adalah penyertaan daripada saya..


Nama baby : Irfan Nur Iman Bin Mohammad Ariff

Umur : 8 bulan ++

Inilah hasil slogan yang direkacipta..harap usahaku berjaya sempena kemerdekaan ke-52 ini...insyalah..

"Kami bangga menjadi anak Malaysia kerana laungan keramat kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1957 telah membebaskan kami daripada penjajahan kuasa asing".


1 comment: